
TEL AVIV : Jordan dan Palestin mengecam kenyataan kontroversi oleh Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett yang menolak campur tangan dalam pengurusan hal ehwal Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Menurut laporan Agensi Wafa, pendirian beliau dianggap sebagai penafian terhadap perjanjian damai Israel-Jordan pada 1994 yang memberi Amman peranan untuk menguruskan dan menyelia kesucian Islam dan Kristian di kota lama tersebut.
“Kami menolak sebarang campur tangan asing, sebarang keputusan tentang al-Aqsa dan Baitulmaqdis akan diambil oleh rejim Tel Aviv,” katanya ketika berucap pada sesi Kabinet pada Ahad.
Beliau juga menyatakan Israel kononnya akan terus mengekalkan layanan hormat terhadap semua agama di Baitulmaqdis.
Sementara itu, Jawatankuasa Palestin Parlimen Jordan memberi maklum balas kenyataan tersebut yang menyentuh isu kedaulatan ke atas al-Aqsa yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
“Ia adalah cubaan untuk mencetuskan konflik agama dan satu bentuk ‘rampasan’ terhadap realiti bersejarah al-Aqsa dan Baitulmaqdis. Jangan sesekali cuba untuk menguji kesabaran dua bilion orang Islam di seluruh dunia,” jelasnya.
Dalam pada itu, pegawai di Amman dan Tel Aviv bersetuju untuk mengadakan pertemuan selepas Ramadan bagi membincangkan pengaturan sekitar al-Aqsa, namun tiada tarikh atau butiran tentang mesyuarat itu telah ditetapkan sehingga kini.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia