DuniaSemasa

Guru Muslim di Kanada dipecat kerana bertudung

KANADA : Seorang guru Muslim di wilayah Kanada Quebec yang berbahasa Perancis dipecat kerana memakai tudung, memetik undang-undang wilayah yang menjadi perbalahan.

Fatemeh Anvari, guru darjah tiga di Sekolah Rendah Chelsea di Quebec, diberikan jawatan tetap setelah menjadi guru ganti selama beberapa bulan.

Namun, Anvari dipecat dan diberitahu tidak perlu lagi bertugas dan dibuang kerja serta-merta.

Majlis Kebangsaan Muslim Kanada (NCCM) berkata bahawa ia sedang mengumpulkan tandatangan pada petisyen untuk meminta Perdana Menteri Justin Trudeau campur tangan berikutan perkara tersebut.

Rang Undang-Undang Quebec 21, yang diluluskan pada 2019, melarang pemakaian simbol agama seperti hijab, kippah, serban dan salib oleh penjawat awam semasa bekerja.

NCCM bersama-sama Persatuan Kebebasan Awam Kanada berjuang untuk membatalkan rang undang-undang oleh mahkamah kerana ia melanggar hak asasi manusia dan NCCM juga berpendapat berlaku ketidakadilah terhadap wanita Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif NCCM, Mustafa Farooq, berkata dalam satu kenyataan kepada Anadolu Agency bahawa Fatemeh Anvari adalah wanita Muslim Quebec yang berani untuk kekal memakai hijabnya ke sekolah.

Pertempuran mengenai rang undang-undang itu semakin sengit selepas guru itu dibuang kerja minggu lalu.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

 

Related Articles

Back to top button