JAKARTA : Gunung berapi Semeru yang berketinggian 3,676 meter di daerah Lumajang Jawa Timur meletus hari ini.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3:20 petang (waktu Indonesia Barat) mengakibatkan hujan dan banjir di sekitar Kampung Sumberwuluh sehingga penduduk sekitar lari menyelamatkan diri.
Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi memaklumkan kepulan abu mencecah jarak 500 hingga 800 meter dari pusat letusan.
Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Abdul Muhari, menggesa penduduk dilarang melakukan aktiviti di sepanjang sungai di daerah itu.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, Muahri berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – AGENSI
Oleh Nurshazlin Shahrom