Semasa

Guang Nuang ditutup sementara untuk sebarang aktiviti

SHAH ALAM : Gunung Nuang di Hulu Langat kini ditutup serta merta berikutan musim tengkujuh dan tanah runtuh.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi notisnya di Facebook, memaklumkan penutupan itu termasuk larangan memasuki dan menjalankan aktiviti pendakian di dalam kawasan gunung terbabit.

“Adalah dengan ini, dimaklumkan larangan untuk menjalankan sebarang jenis aktiviti pendakian didalam kawasan Gunung Nuang disebabkan tanah runtuh dan musim tengkujuh.

“Pelanggaran ke atas NOTIS akan menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 47(1) dan 81(1) (g), Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985,” menurutnya.

Dalam pada itu, JPNS juga memberi amaran bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang ingkar arahan tersebut.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button