KemanusiaanSyria

Greece Enggan Membuka Sempadan, Nyawa Pelarian Syria Terus Diperjudikan!

Greece kini dilihat memantapkan lagi pertahanan di kawasan sempadan ekoran kebanjiran pelarian Syria yang ingin merentasi setelah kerajaan Turki mengarahkan agar pintu sempadan Turki dibuka dan tidak menghalang pelarian memasuki kawasan tersebut. Menurut kenyataan dari Presiden Turki Recep Tayyib Erdogan, Turki kini sudah tidak dapat menangani jumlah pelarian yang melarikan diri dari perang Syria dan beliau juga tidak menghalang sekiranya pelarian cuba memasuki negara anggota jiran, EU dan Greece. Keputusan dibuat setelah sekurang-kurangnya 33 tentera Turki terkorban dalam serangan udara di wilayah Idlib di utara Syria minggu ini. Perdana Menteri Turki itu dalam kenyataannya berkata bahawa mereka tidak mendapat sokongan antarabangsa untuk kempen ketenteraannya dan kini menjadi tuan rumah pelarian terbesar dunia.

Namun begitu, satu kenyataan tegas telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis pada Jumaat lalu yang tidak akan bertoleransi dengan sebarang kemasukan pelarian ke negara mereka. Susulan itu pihak polis bertindak menembak gas pemedih mata ke arah 300 pelarian yang cuba menyeberang sempadan tanah di sungai Evros. 

Tiada kemasukan haram ke Greece akan diterima. Greece tidak akan bertanggungjawab terhadap kejadian-kejadian tragis di Syria dan tidak akan menerima kesan daripada keputusan yang diambil oleh orang lain.

Kenyataannya merujuk kepada sokongan ketenteraan Turki untuk kelompok yang menentang pemerintah Syria.

Pegawai Greece memberitahu pihak mereka telah berjaya menghentikan hampir 10,000 pendatang yang menyeberangi sempadan tanah Europe-Turki. Dalam masa yang sama, pihaknya turut meningkatkan kawalan sekuriti di sempadan pada tahap yang maksimum dengan menambahkan bilangan rondaan serta memasang kamera pengesan haba. 

Dalam pada itu, kerajaan Turki telah berkongsi satu rakaman video di perairan sempadan di mana cubaan bot pelarian dilihat telah dihalang oleh kapal peronda Greek dalam usahanya membanteras kemasukan rakyat Syria yang cuba menyelamatkan diri dari krisis di tanah air mereka.

Kumpulan penyelamat yang dikenali sebagai Alarm Phone berkata bahawa sebuah bot telah dirampas oleh lelaki bertopeng yang cuba memusnahkan enjinnya manakala bot-bot lain dibiarkan terapung oleh pengawal pantai Greek dan Turki yang berdekatan.

Kumpulan itu turut menuduh kedua-dua negara “mempermainkan nyawa orang ramai”.

“Eropah menggunakan dasar ‘pintu tertutup’, yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sayap kanan di Greek yang menghantar polis rusuhan dan pasukan khas untuk menghalang orang yang melarikan diri dari perang, konflik, dan kelaparan, menggantung hak sementara mereka untuk menuntut perlindungan suaka dan segera mengusir mereka pulang ke negara asal.”

Laporan ditulis oleh Rabibah Razali (MAPIM Malaysia)

Team RescueSyria MAPIM Malaysia akan laksanakan misi pada awal bulan hadapan dengan memfokuskan beberapa bantuan adhoc dan long-term yang penting . Team RescueSyria MAPIM melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Idlib dengan sasaran RM10,000,000 untuk membeli dan mengedarkan sesegera mungkin bantuan adhoc pada hujung bulan ini berupa
-1000 rumah dgn harga RM6,000 satu
-10,000 Bantuan selimut sejuk
-10,000 Bantuan Food Pack Kecemasan
-Bantuan Alat Pemanas Dan lain-lainnya

Kepada yang ingin menyumbang Anda masih boleh berbuat kebaikkan kerana team RescueSyria MAPIM Malaysia masih memerlukan dana untuk sumbangan terdesak ini . Berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM200 bantuan selimut
– RM6,000 bina satu rumah pelarian
– RM1,000 bantuan ubat-ubatan
– RM200 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM250 bantuan pendidikan
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM

2 CARA MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA (MAPIM) Nov 2019 – April 2020 

ATAU

  • Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No : 562834636987 . Untuk sebarang pertanyaan & makluman lanjut boleh menghubungi pihak MAPIM Malaysia menerusi talian hotline 1300-888-038 (9am-6pm Isnin-Jumaat)

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button