Semasa

Google, YouTube , Gmail `down’!

Kecoh satu dunia aplikasi terbesar gagal diakses

New York : UPDATE  Google, Gmail dan Youtube adalah aplikasi gergasi dan antara yang terhebat digunakan di seluruh dunia, namun pagi tadi mereka tidak dapat berfungsi.

Kumpulan aplikasi Google itu dilaporkan mengalami gangguan dan gagal diakses oleh jutaan pengguna, termasuk Gmail, Google Drive, Google Spreadsheet dan YouTube serta carian utama, Google Search Engine.

Laman web Google berkata perkhidmatan berkenaan terjejas selama hampir satu jam sebelum dipulihkan.

Laman web pengesan gangguan, DownDetecter mencatat puluhan ribu pengguna dilaporkan masalah dengan pada 11.40 pagi hari ini (waktu tempatan).

Masalah itu dilaporkan menjejaskan pengguna terutamanya di Eropah dan juga Australia, pantai timur AS dan sebahagian Afrika, Amerika Selatan serta Asia.

Laman web Google adalah yang paling popular di dunia, dengan laman streaming video YouTube dikunjungi oleh lebih daripada dua bilion orang setiap bulan.

Ramai pengguna Gmail berkata, ketika mereka cuba mengakes, namun satu mesej error dipaparkan berbunyi –       “ Oops …sistem dipercayai bermasalah, sedang mencuba”

Manakala di YouTube, ketika cuba diakses hanya paparan imej kartun monyet kelihatan menyebut – “Sesuatu sedang bermasalah.”

Manakala pengguna di Amerika mendapati cubaan mengakses Google Serch Engine, enjin carian utama, hanya memaparkan mesej 400 error dan menyebut – “Pelayan tidak boleh memproses permintaan anda kerana bermasalah. Ia tidak mungkin dicuba kembali. ”

Tidak seperti firma teknologi lain seperti Facebook, gangguan dilaporkan jarang berlaku di Google.

Menjelang 11.54 pagi ini, terdapat lebih daripada 50,000 aduan untuk YouTube sahaja, dengan separuh (54%) mengenai masalah mengakses laman web dan 43 peratus berkaitan dengan masalah menonton video, manakala 3% lagi mencuba.

Gmail mempunyai 23,000 aduan sebelum tengah hari ini dengan 75% gagal untuk masuk ke akaun masing-masing, 15% gagal mengakses dan 8% lagi tidak menerima sebarang mesej.

Google pula menerima 19,000 aduan, sebanyak 81 peratus dan 91 peratus masalah dengan laman web ini, masing-masing berkaitan dengan log masuk, menurut DownDetector.

Selain itu, laman web lain yang turut terjejas termasuk Google Meet, Hangouts dan Play Store serta permainan Pokemon Go yang dijanakan oleh Niantic, syarikat milik Google.

Sementara itu trending di Twitter mengenai gangguan kumpulan aplikasi Google itu dan pelbagai ciapan menyindir dan mengejek kegagalan kumpulan aplikasi terbesar dunia itu, tidak kurang juga memperlekeh keselamatan Google dan dengan mengatakan`dunia sudah ke akhirnya’ bersedia kembali ke zaman batu.

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button