DomestikSemasa

Golongan belia Taman Bukit Jati gembleng tenaga lancarkan ibadah korban

Oleh Zul Fikre 

KLANG: Hari Raya Aidiladha sudah tiba, seluruh umat Islam di serata dunia melaksanakan ibadah korban, satu ibadah yang sangat dituntut sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS kepada anaknya, Nabi Ismail AS sebagai memenuhi perintah Allah SWT.

Marcapada ini, seringkali orang ramai mempersoalkan tentang kesedaran anak muda terhadap kepentingan ibadah korban ekoran terperangkap dalam arus modenisasi, namun ternyata tanggapan tersebut berjaya ditepis dengan semangat golongan remaja di Taman Bukit Jati, Klang.

Menurut Pengerusi Surau Islamiah, Haji Subri Haji Kasman, sambutan ibadah korban di sini amat memberangsangkan, malah golongan anak-anak muda turut bersama menggembleng tenaga melaksanakan kerja-kerja penyembelihan.

Pengerusi Surau Islamiah, Taman Bukit Jati, Klang, Haji Subri Haji Kasman

“Alhamdulillah, sebanyak 10 ekor lembu dan 10 ekor kambing telah selamat disembelih dan dan aktiviti pengagihan daging korban juga berjalan dengan lancar. Saya kagum dengan golongan remaja dan belia yang sudi meluangkan masa mengembeling tenaga melancarkan urusan korban hari ini.

“Meskipun negara berdepan dengan isu kekurangan bekalan makanan, kartel, kenaikan harga barang namun penyertaan korban pada tahun ini juga mendapat sambutan yang menggalakan dari kalangan penduduk di sini,” katanya.

Baginya, situasi yang berlaku hari ini telah membuktikan tahap kesedaran masyarakat dari semoga golongan terhadap kepentingan ukhwah sesama manusia melalui ibadah korban telah bertambah dan mudah-mudahan ibadah mereka diterima Allah SWT.

Dalam pada itu, beliau berharap hubungan silaturahim yang terbina antara mereka terus berkekalan di samping penambahan penyertaan ibadah korban pada tahun-tahun akan datang.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button