ISTANBUL: Enam bulan selepas gempa bumi paling dahsyat era moden melanda selatan Turkiye, persatuan perubatan di wilayah itu telah memberi amaran mengenai masalah kesihatan untuk jangka panjang.
Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda tenggara Turkiye pada 6 Feb lalu, menyebabkan kemusnahan yang meluas.
Gempa bumi itu disusuli dengan beberapa siri gegaran yang ganas. Berpuluh-puluh ribu orang terbunuh manakala berjuta-juta kehilangan tempat tinggal.
Dayanıklılığın inşasında duygusal destek çok önemli! IOM, depremden etkilenen Suriyeli aileler için Hatay’da psikososyal destek aktiviteleri düzenledi. Aktivitelere katılan kadın, erkek ve çocukların çeşitli oyunlarla duygularını ifade etmeleri sağlandı. @UNCERF pic.twitter.com/PaFK2mArGN
— IOM Türkiye (@IOMTurkiye) June 19, 2023
Kini runtuhan itu kebanyakannya telah dibersihkan, tetapi mendatangkan masalah kesihatan jangka masa panjang, terutama membabitkan golongan wanita dan kanak-kanak, kata Selahattin Menteş, ketua persatuan perubatan di bandar Adana di selatan Turkiye memberitahu Agensi Berita Jerman (dpa).
Doctors warn of long-lasting health effects after #Turkey earthquake:
“A large number of premature births and miscarriages have already been detected in the region,” says said Selahattin Mentes, head of the medical association of Adana.https://t.co/odcP0SaOcS
— QantaraEN (@QantaraEN) July 31, 2023
“Terdapat masalah kekurangan nutrisi, yang boleh menyebabkan gangguan perkembangan pada kanak-kanak. Wanita hamil juga berisiko mengalami masalah kesihatan”.
“Sebilangan besar kelahiran pramatang dan keguguran telah dikesan di rantau ini“, tambahnya.
Bilangan doktor yang mengalami kemurungan di Turkiye juga turut mencatatkan peningkatan.
“Terdapat banyak kematian, orang telah kehilangan segala-galanya dan kehidupan yang tersisa tidak menawarkan apa-apa kecuali sedikit harapan kepada mereka“, kata Menteş.
Beliau juga mendakwa pihak berkuasa membuang sisa runtuhan dengan cara tidak terkawal kerana dikhuatiri mengandungi toksin seperti asbestos dan sama ada ia boleh meresap ke dalam air bawah tanah.
“Kekurangan pengetahuan mengenai perkara ini adalah masalah besar”, jelasnya.
“Kami tidak tahu berapakah kadar kanser paru-paru dalam tempoh lima atau 10 tahun, sama seperti kami belum tahu bagaimana pemakanan yang buruk akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak”.
BACA JUGA
Gempa Turkiye: Cuaca semakin sejuk, alat pemanas diedarkan
Bagi anda yang ingin menghulurkan bantuan untuk mangsa gempa Turkiye & Syria,
boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia