DuniaSemasa

Gempa Turkiye: Cuaca semakin sejuk, alat pemanas diedarkan

ADIYAMAN: Cuaca sejuk dalam lingkungan 2C hingga -4C ketika ini di bandar di tenggara Turki, Adiyaman lebih kurang 111 kilometer dari Gaziantep menyukarkan kehidupan hampir 300,000 penduduknya.

Apatah lagi selepas berlaku gempa berukuran 7.8 pada skala richter pada Isnin lalu, penduduk yang menghuni di bangunan jenis apartmen dan rumah bertingkat telah disarankan mengosongkan premis mereka.

Petugas dari Agensi Wakaf Kerajaan Turkiye, Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) telah membuka satu daripada pusat khidmat bantuan di lokasi ini sejak 6 hari lalu.

TDV menghantar pelbagai bantuan ke sini dan disalurkan kepada mangsa setempat termasuklah pakaian, ubat-ubatan, makanan, selimut tebal, alat pemanasan dll

Pada hari ini, alat untuk memanaskan badan turut mula diedarkan kepada keluarga yang masih terperangkap di kawasan bandar Adiyaman ini. Difahamkan, ada dikalangan mangsa yang mempunyai ahli keluarga yang tinggal luar dari lingkungan gempa contohnya Istanbul telah mula keluar dan menumpang di rumah keluarga mereka di sana.

Bagi keluarga yang tidak berpindah keluar, mereka terpaksa mengungsi di dalam khemah atau tinggal di dalam bangunan yang dikategorikan selamat dan kukuh termasuk di masjid.

“Kita menjangkakan cuaca akan bertambah sejuk dalam tempoh beberapa hari ini. Kami berharap dengan bantuan alat pemanasan ini, akan dapat membantu keluarga yang mengungsi khemah dan penempatan sementara tinggal dengan lebih selesa disamping mengekalkan tahap kesihatan mereka,” kata salah seorang sukarelawan TDV di sini.

Turut diedarkan bersama alat pemanas adalah beberapa beg berisi kayu api sebagai bahan bakar untuk di bawa pulang oleh setiap ketua keluarga.

Penulis yang juga aktivis MAPIM Malaysia turut membantu mengangkut beg berisi kayu api


BACA JUGA

Aktivis MAPIM Malaysia tiba di Kahramanmaras

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria,
boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button