DuniaSemasa

Gempa kuat gegar Alaska, amaran tsunami dikeluarkan!

7.5 pada skala Richter

ALASKA : [VIDEO] Gempa bumi berkekuatan 7.5 pada skala Richter gegar selatan semenanjung di Sand Point Alaska,  pada tengah hari waktu tempatan

Gegaran menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan di pantai Pasifik Amerika Syarikat dan pantai Kanada di Amerika Utara.

Setakat ini Kajian Geologi Amerika Syarikat, USGS sedang menilai tahap bahaya tsunami.

Gegaran berpusat pada kedalaman 25 batu, kurang 60 batu dari Sand Point berdekatan Semenanjung Aleut di barat daya negeri berkenaan.

Seorang usahawan di Cold Bay berkata beliau merasakan seperti ada benda besar menghentak kepalanya.

Pegawai keselamatan orang awam di King Cove mengeluarkan amaran mengarahkan penduduk di sekitar kawasan pantai terbabit menuju ke kawasan lebih tinggi.

Beberapa sekolah juga terpaksa dikosongkan.

Amaran tsunami yang dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Kebangsaan bagaimanapun ditarik balik beberapa jam kemudian.

Scott Langley pegawai dari pusat itu bagaimanapun berkata pemantauan terus dijalankan pihak berkenaan bagi sebarang kemungkinan.

Satu video dari ciapan Candace Nielsen dikongsi menggambarkan gegaran gempa bumi itu.

Dapatkan berita dan isu-isu semasa berkaitan Ummah dalam dan luar negara secara terus menerusi Channel Rasmi Telegram Ummah Today dengan klik pautan berikut :

https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button