KUALA LUMPUR : [VIDEO] Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter menggegar Pulau Jawa, Indonesia pada jam 8.56 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 112 kilometer (km) selatan dari Tasikmalaya, Indonesia, dengan kedalaman 66 km.
Bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sementara itu menurut Twitter InfoJawabarat dalam ciapannya melaporan setengah jam selepas gempa, pengunjung masih berada di pantai Pangandaran, Jawa Barat, Indonesia.
Penduduk dilihat meneruskan bersiar-siaran di pantai tersebut.
– MetMalaysia/ http://infojawabarat_/