DuniaSemasa

Gempa bumi Turkiye-Syria melepasi 33,000 angka kematian

ANTAKYA : Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan barat laut Syria telah melebihi 33,000 ketika usaha menyelamat diteruskan.

Jumlah kematian di Turkiye telah meningkat kepada 29,605 pada hari Ahad, manakala lebih 4,500 orang telah meninggal dunia di Syria.

Menteri Kesihatan Turkiye, Fahrettin Koca berkata seorang bayi telah diselamatkan dari runtuhan di wilayah Hatay, 150 jam selepas gempa bumi melanda wilayah itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan sehingga 5.3 juta orang di Syria mungkin kehilangan tempat tinggal selepas gempa bumi, manakala hampir 900,000 orang memerlukan makanan panas dengan segera di Turkiye dan Syria.

Kerajaan Syria telah meluluskan penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan yang dilanda gempa bumi di luar kawalannya, menurut media kerajaan.

Turkiye melaporkan mereka sedang berusaha untuk membuka dua laluan baharu ke bahagian Syria yang dikuasai pemberontak.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button