Semasa

Gempa bumi sederhana utara Sumatera tidak beri ancaman tsunami di Malaysia

Oleh Hafeez Anuar

KUALA LUMPUR : Gempa bumi bermagnitud 5.6 pada skala Richter dikesan berlaku di utara Sumatera, Indonesia pada 1.19 tengah hari semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata gegaran gempa bumi sederhana itu boleh dirasai sekitar Selangor dan Kuala Lumpur namun ia tidak membawa ancaman tsunami ke Malaysia.

Gempa tersebut berlaku pada kedudukan 18 kilometer tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia pada kedalaman 19km.

-BERNAMA

Related Articles

Back to top button