DuniaSemasa

Gempa bumi landa timur Taiwan

TAIPEI : Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) (USGS) melaporkan berlaku gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda timur Taiwan, kira-kira 38 kilometer (km) selatan bandar Hualien, hari ini.

Menurut laporan Geo News English, walau bagaimanapun setakat ini, tiada kemusnahan atau kecederaan dilaporkan.

Menurut USGS gempa bumi yang berlaku dengan kedalaman dianggarkan 10km itu berlaku pada 9.05 pagi waktu tempatan.

Ada satu rakaman yang dimuat naik dalam Facebook Taman Negara di Hualien menunjukkan pemandangan di tepi sebuah tasik yang tenang, namun tiba-tiba bergelora akibat kejadian itu.

 

Menurut seorang penumpang, perkhidmatan kereta api Metro Taipei di hentikan seketika sebelum ia meneruskan perjalanan pada kelajuan yang perlahan ke beberapa perhentian.

Menurut biro Cuaca Pusat Taiwan memaklumkan, gempa bumi kedua yang lebih kecil menyusul kira-kira setengah jam kemudian.

“Di kawasan ini (lokasi kejadian hari ini), hanya sua gempa bumi berukuran lebih 6.0 magnitud pernah melanda sejak 1990, manakala satu lagi hampir 6.0 magnitud,” kata Ketua Pusat Seismologi, Biro Cuaca Pusat Taiwan, Chen Kuo-chang.

Tambahnya lagi, biro itu tidak menolak kemungkinan dalam tempoh dua hari mendatang akan berlaku lebih banyak gempa susulan berukuran lebih 5.0 magnitud.

Chen memaklumkan, pada 1999 kejadian gempa bumi yang berukuran lebih 6.0 magnitud direkodkan yang membabitkan 13 kejadian.

Taiwan turut dilanda gempa bumi paling dahsyat yang pernah dialaminya berukuran 7.6 magnitud sehingga meragut lebih 2,400 nyawa.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button