DuniaSemasa

Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud gegar Maluku, Indonesia

JAKARTA : Penduduk di kawasan pantai selatan wilayah Maluku timur Indonesia berhadapan detik cemas selaps digegarkan gempa bumi bermagnitud 7.4 pada awal pagi khamis, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia, setakat ini tiada kematian atau kerosakan dilaporkan.

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa gempa tersebut berlaku pada 1.25 pagi waktu Jakarta (1825 GMT Rabu).

Pusat gempa berada 45 km barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya, wilayah Maluku, dengan kedalaman 210 km di bawah laut.

Gegaran kuat di pulau-pulau dan bandar-bandar yang lebih dekat dengan pusat gempa dan merekodkan gegaran susulan berukuran 5.2 magnitud.

Dalam pada itu, agensi itu memberi amaran mengenai kemungkinan gegaran susulan berhampiran pusat gempa dan mengingatkan penduduk supaya bertenang dan berwaspada meskipun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Oleh sebab lokasi Indonesia yang terletak di Lingkaran Api Pasifik ia menyebabkan negara itu sering terdedah kepada gempa bumi.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button