Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
JAKARTA: Petang ini gempa bumi berukuran 6,2 skala Richter telah melanda di selatan Bali di Indonesia, menurut laporan Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMS).
Gempa bumi sederhana M5.8 di Selatan Bali, Indonesia pada 4:36 petang, 22 Ogos 2022. Pusat gempa bumi di 9.5° Selatan dan 115.6° Timur dengan kedalaman 141 km. 98km Tenggara dari Denpasar,Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/tcy1S9m4w8— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) August 22, 2022
Menurut sumber Agensi, buat masa ini tiada sebarang kemusnahan harta benda atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Berdasarkan sumber, gempa tersebut berlaku pada kedalaman 124 kilometer (km).
Bencana alam itu dikatakan terjadi pada jam 15.36 waktu tempatan dimana kekuatan magnitude 5,8 dikesan pada jam 15.40 waktu tempatan.
Video ketika kejadian gempa bumi yang dimuat naik oleh penduduk tempatan
Wallahi gempa bumi di bali pic.twitter.com/WrTQzZgsF1
— rani 🦋🌙 ♡ Thomas Shelby (@raninaramsa) August 22, 2022