DuniaSemasa

Gempa bumi 6.4 skala Ritcher gegar Iran

TEHRAN : Gempa bumi berukuran 6.4 skala Ritcher menggegarkan bandar Fin yang terletak  di wilayah Hormuzgan, selatan Iran, semalam.

Gempa yang berlaku pada 15:37 waktu tempatan telah mengakibatkan seorang maut dan 70 orang lagi cedera, lapor Agensi Berita IRNA.

Menurut Ketua Organisasi Kecemasan Perubatan Iran, Jafar Miadfar, 48 mangsa yang cedera dibenarkan keluar hospital, 22 masih berada di bawah pengawasan perubatan, manakalah, seorang meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, Presiden Ebrahim Raisi menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa gempa dan menggesa seluruh organisasi untuk menghantar bantuan kepada penduduk kawasan terjejas yang melibatkan 137 kawasan berdasarkan laporan Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Karim Hemmati .

Sementara itu, Pengarah Urusan Syarikat Tanavir, Masoud Sadeghi berkata sebahagian daripada kawasan pelabuhan Bandar Abbas, di wilayah Hormozgan, mengalami gangguan elektrik selepas gempa bumi itu berlaku.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak menjejaskan loji nuklear di wilayah Bushehr.

Seminit kemudian satu gempa susulan bermagnitud 6.3 turut direkodkan.

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button