Gelombang banjir besar di Pakistan belum berakhir

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
ISLAMABAD: Pakistan terus merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk menghulurkan bantuan makanan, ubat-ubatan, kewangan dan pakaian kepada mereka selepas dilanda banjir besar.
Ketika ini pelbagai negara telah menghulurkan bantuan kepada Pakistan bagi meredakan kesengsaraan yang ditanggung oleh puluhan juta penduduk Pakistan.
Jabatan Meteorologi Pakistan meramalkan bencana alam itu tidak akan berakhir dalam masa terdekat.
Ini selepas banjir besar dijangka akan berlaku di selatan Pakistan apabila paras air di Tasik Manchar terus meningkat dan diramalkan akan melimpah pada bila-bila masa susulan hujan lebat terus melanda.
Jabatan itu meramalkan bahawa lebih banyak taburan hujan akan turun di bahagian selatan negara tersebut dalam beberapa hari mendatang. Penduduk di wilayah Jamshoro dan Dadu diminta untuk berpindah ke kawasan tinggi.
Untuk makluman Tasik Manchar yang terletak di barat Sungai Indus merupakan tasik air tawar terbesar di Pakistan.
As it floods its banks, Manchar Lake’s dykes were breached by engineers in an attempt 2 save one of Asia’s largest freshwater reservoirs as well as the historic city of Sehwan, just a few miles away, west of the Indus, at the expense of 40,000 villages, now at risk of inundation. pic.twitter.com/kJxk6QbTEC
— Hajra Ilahi (@HajraIlahi) September 5, 2022
Menurut Ketua Pentadbir Jamshoro, Fariduddin Mustafa memaklumkan bahawa pihak berkuasa kini sedang giat memotong bahagian tebing sungai bagi membolehkan air mengalir terus ke Indus, namun usaha itu berdepan kesukaran memandangkan paras air terus meningkat.
Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa operasi menyelamat dan agihan bantuan kepada penduduk yang terjejas masih lagi diteruskan menggunakan helikopter dan bot.
Pusat pemindahan sementara juga giat dibangunkan oleh kerajaan bagi keperluan penduduk yang terjejas.
Dimaklumkan juga bahawa Pakistan kini sedang menerima 30 penerbangan antarabangsa yang membawa bantuan dari Turkiye, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Uzbekistan dan Perancis.
Pakistan terus memohon bantuan masyarakat untuk membantu negara mereka yang dianggarkan mengalami kerugian lebih USD10 billion. Jutaan rumah rakyat sedang terus ditenggelami air.
Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.
Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi
Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066
atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016