DuniaSemasa

Pertahanan Awam Arab Saudi haramkan gas memasak di Tanah Suci ketika haji

Oleh Azrina Amri, Wartawan Pelatih

RIYADH: Larangan kemasukan dan penggunaan semua jenis dan saiz silinder gas memasak di kem jemaah haji dan pejabat agensi kerajaan yang terletak di Mina, Muzdalifah dan Arafah, menurut direktorat Am Pertahanan Awam.

Pertahanan Awam memaklumkan bahawa larangan tersebut akan mula berkuat kuasa pada pagi hari pertama Zulhijjah.

Saudi Gazette melaporkan larangan itu dikuatkuasakan melalui penyelarasan dengan pihak keselamatan terhadap kemasukan dan penggunaan LPG (gas petroleum cecair) di Tanah Suci pada musim haji.

Pertahanan Awam turut berikan amaran mengenai barang terlarang yang digunakan bagi tujuan memasak seperti dapur gas dan silinder, dan menegaskan barangan tersebut akan dirampas serta prosedur undang- undang akan dilaksanakan ke atas sesiapa yang didapati melanggar peraturan tersebut.

Lawatan lapangan dan pemeriksaan menyeluruh akan dilakukan oleh pasukan penyeliaan pencegahan kebakaran dan keselamatan Pertahanan Awam di semua pejabat agensi kerajaan dan pertubuhan komersial di Tanah Suci bagi memastikan LPG tidak digunakan di premis mereka untuk memastikan kesihatan dan keselamatan jemaah.

Dalam rangka langkah pencegahan yang dikenakan oleh Pertahanan Awam, keputusan untuk mengharamkan gas memasak di tapak suci untuk mengurangkan risiko kebakaran ketika persiapan kem jemaah haji, serta ketika tempoh jemaah yang tinggal di sana bagi menyempurnakan ibadah haji.

Amaran keras telah dikeluarkan oleh pihak Pendakwa Raya Arab Saudi terhadap pengedaran makanan yang memudaratkan kesihatan jemaah haji.

Katanya lagi, mengedar atau menjual barangan makanan tercemar kepada jemaah haji adalah dilarang sama sekali dan pelaku boleh berdepan dengan hukuman.

Pendakwa Raya berkata, pelanggaran peraturan keselamatan makanan dianggap jenayah besar dan pelakunya akan ditahan.

Hukuman yang dikenakan kepada pesalah tersebut seperti penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga SR10 juta (RM11.73 juta)

Lesen pesalah akan dibatalkan dan dihalang daripada melakukan sebarang kerja dan aktiviti berkaitan makanan.

Tambahan pula, mahkamah akan menyiarkan nama mereka yang didapati bersalah di media massa dengan kos ditanggung sendiri.

Pihak Pendakwa Raya menyatakan bahawa ia menjalankan siasatan terhadap dakwaan peraturan keselamatan makanan, menurut Artikel 36 undang-undang makanan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button