GAZA: Jet israel melakukan serangan penzaliman bersasar di seluruh Gaza pada lewat Selasa selepas pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke arah kawasan jajahan israel sebagai tindak balas terhadap kematian Syeikh Khaled Adnan, iaitu seorang warga Palestin yang melakukan mogok lapar ketika dalam tahanan israel.
Tentera israel mendakwa mereka hanya mensasarkan tapak pembuatan senjata dan kem latihan Hamas.
Pada masa yang sama, mereka panik dan membunyikan siren di bandar-bandar jajahan selatan israel termasuk Ashkelon, kira-kira 14 km di utara Gaza.
Menurut israel dalam usaha mengaburi tindakan kezaliman mereka, Gaza diserang menggunakan ‘kereta kebal’ dan kononnya tindak balas kepada bedilan roket pejuang yang kini sedang mencetuskan pengolakan terbaharu di bumi Palestin.
#Gaza under attack pic.twitter.com/bGmYipWuHr
— Adli Effendy (@adlieffendy) May 3, 2023
Kematian Adnan digambarkan sebagai ‘pembunuhan yang disengajakan’ oleh Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh.
“Dengan menolak permintaannya untuk dibebaskan, mengabaikannya dari segi perubatan dan menahannya di dalam selnya, walaupun keadaan kesihatannya serius,” kata Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan.
Adnan, 45, adalah rakyat Palestin pertama yang meninggal dunia setelah protes mogok lapar, menurut Kelab Tahanan Palestin.
“Tahanan Palestin yang lain telah meninggal dunia akibat percubaan untuk memaksa mereka makan”, kata Pengarah kumpulan advokasi itu, Qaddura Faris.
Seorang doktor dari kumpulan Physicians for Human Rights israel melawat Adnan di penjara awal minggu ini dan memberi amaran bahawa dia ‘menghadapi kematian yang hampir pasti’, sambil menyeru dia ‘dipindahkan segera ke hospital’ tetapi permintaan itu diabaikan oleh israel.
Pihak berkuasa israel enggan memindahkan Adnan ke hospital, menurut kumpulan hak asasi manusia dan isterinya.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia