BANGI : Sudah hampir seminggu Syawal meninggalkan kita, masihberbaki 23 hari lagi untuk umat Islam meneruskan ibadah puasa sunat Sywal. Umat islam yang berpuasa dengan keikhlasan kerana Allah SWT mereka layak untuk mendapat pelbagai ganjaran daripada Maha Pencipta.
Antara jenis ganjaran sungguh bebat yang telah dikhususkan bagi mereka yang telah berpuasa iaitu satu syurga khas hanya untuk orang-orang yang berpuasa sahaja.
Berdasarkan sebuah hadis baginda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya di syurga ada sebuah pintu yang disebut dengan ar-Rayyaan, yang akan dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Pada hari kiamat, tidak ada yang memasukinya, kecuali orang yang berpuasa (Al-Bukhari : 1896)
Ini berdasarkan sebuah hadis baginda Rasulullah: Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah menjauhkan mukanya daripada api neraka selama 70 tahun. – [ HR Bukhari 2840].
Antara kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal
Kefahaman dari hadis ini Rasulullah menyatakan bahawa berpuasa selama enam hari selepas bulan Ramadan akan diberikan ganjaran pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.
Selain itu , puasa 30 hari di bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari.
Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
Oleh : NurFaisal Hakim – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM