Semasa

Gangguan bekalan air Port Dickson akibat hujan lebat

SEREMBAN : Walaupun petang semalam hujan lebat, tetapi pengeluaran bekalan air Loji Rawatan Air Sungai Linggi telah menurun, menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa bahagian di Port Dickson.

Menurut Ketua Perhubungan Awam di Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail, hujan lebat itu mengakibatkan peningkatan paras air sungai dan penurunan kualiti air mentah.

“SAINS memohon maaf atas kesulitan ini, dan orang ramai boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di laman sesawang www.sainswater.com atau menghubungi 1800886982,” tambahnya.

Dalam berita lain, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan, Lt Kol (Pertahanan Awam) Mohd Syukri Md Nor, mengatakan sembilan anggota keluarga dari Kampung Tanjung, Nilai, ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said setelah rumah mereka dinaiki air petang semalam.

Beliau juga berkata bahawa PPS dibuka pada 7.30 malam, namun ada sesetengah keluarga berpindah ke rumah saudara-mara masing-masing.

Lima mangsa banjir dari tiga keluarga dipindahkan di kediaman keluarga terdekat mereka di Kampung Pedas, Rembau, katanya.

“Pada pukul 7 malam tadi, mereka semua dikeluarkan dari rumah mereka,” tambahnya.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

MASA UNTUK KITA MENYUMBANG KE TABUNG KILAT MAPIM MALAYSIA

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi TABUNG KILAT MAPIM MALAYSIA

Akaun Maybank
562263540066

Sumbangan anda akan memberikan harapan kepada mereka yang terjejas kehidupannya.

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button