Washington : BADAN Percetakan Wang Logam Amerika Syarikat (AS), minggu lalu, melancarkan wang syiling dengan nilai 25 sen dengan gambar penyair dan aktivis Maya Angelou.
Penulis buku I Know Why the Caged Bird Sings itu menjadi tokoh wanita yang diberi penghormatan melalui American Women Quarters Program.
Dalam program tersebut, badan percetakan akan menerbitkan wang syiling dengan gambar lima tokoh perempuan yang dianggap telah menyumbang pada negara. Wang tersebut akan dikeluarkan setiap tahun antara 2022 hingga 2025.
“Ini merupakan kehormatan bagi saya bagi mempersembahkan syiling pertama yang beredar di AS, yang didedikasikan untuk merayakan wanita Amerika dan sumbangan mereka terhadap sejarah Amerika,” kata Wakil Pengarah Mint Ventris Gibson.
Selama 90 tahun terakhir, syiling senilai 25 sen memaparkan gambar presiden pertama AS, George Washington, pada bahagian satu sisi dan gambar helang pada sisi yang lain.
Wang syiling yang baru menunjukkan gambar Washington pada satu sisi dan Angelou pada sisi yang lain. Rekabentuk wang syiling itu menggambarkan Angelou yang merentangkan tangannya. Di belakang gambar Angelou, terdapat gambar seekor burung yang terbang dan matahari terbit. Gibson berkata rekabentuk syiling itu terinspirasi daripada kata-kata dalam karya Angelou.
Tokoh wanita lain yang akan tampil dalam wang syiling baru AS itu antara lain Sally Ride, perempuan Amerika pertama yang terbang ke luar angkasa; Wilma Mankiller, pengetua sekolah perempuan pertama dari Cherokee Nation; Nina Otero-Warren, seorang pemimpin New Mexico; dan Anna May Wong, seorang bintang filim China-Amerika.
Angelou merupakan penyair Afrika-Amerika yang lahir di Missouri pada 1928. Di samping menjadi seorang penulis, dia juga dikenali sebagai aktivis yang bekerjasama Martin Luther King Jr dan Malcolm X dalam Gerakan Hak Sivil.
Angelou pernah membacakan puisinya berjudul On the Pulse of Morning saat pelantikan Presiden AS Bill Clinton pada 1993. Angelou meninggal dunia pada 2014.
Menteri Kewangan Janet Yellen, September lalu, telah memaklumkan sokongan untuk mengakui bekas hamba dan pemimpin gerakan abolisionis Harriet Tubman yang akan ditampilkan dalam mata wang AS.
Mantan presiden AS Barack Obama meluncurkan sebuah projek untuk menampilkan wajah Tubman pada wang kertas bernilai US$20, tetapi terhenti di bawah pemerintahan Donald Trump.
Pada ketika itu, Yallen mengatakan menempatkan wajah Tubman pada wang kertas US$20 akan menjadi suatu kehormatan, tetapi ia memerlukan masa. (Ant/OL-1)