GAZIANTEP : Seorang gadis berusia 17 tahun, telah ditarik dari runtuhan di bandar Antakya yang hampir musnah setelah beberapa hari di bawah runtuhan sejak gempa yang lalu.
Dengan angka kematian yang meningkat membuatkan harapan untuk menjumpai mangsa yang selamat semakin pudar, namun gadis yang terselamat ini memberikan lebih semangat untuk para petugas meneruskan misi mancari dan menyelamat.
Turkey Earthquake
Amid death and devastation miracles still occur. A lone survivor, a 17-year-old girl, was pulled from ruins in the nearly destroyed city of Antakya. Alas, rescues are dwarfed by the scale of destruction. Officials say thousands of victims are still trapped. pic.twitter.com/4DtH1KBnPH
— Grouse Beater (@Grouse_Beater) February 17, 2023
Skala kemusnahan di bandar-bandar seperti Antakya, Kahramanmaras dan Adiyaman adalah teruk dan ia membimbangkan pegawai kerana beribu-ribu mangsa masih belum ditemui.
Pasukan penyelamat terus bekerja keras merentasi kawasan runtuhan bandar yang luas secara perlahan-lahan sehingga mayat ditemui.
Angka kematian akibat gempa bumi Turkiye dan Syria kini melebihi 42,000.
Pihak berkuasa Turkiye berkata 36,187 orang telah terbunuh di negara itu. Kerajaan Syria dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula menyatakan lebih 5,800 orang telah mati di Syria.
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia