Covid19Semasa

FDA lulus strategi ‘campur dan padan’ dos penggalak

WASHINGTON : Penggunaan strategi ‘campur dan padan’ telah diberi kelulusan oleh Pentadbiran Ubat-Ubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat (AS) kepada individu yang memerlukan suntikan penggalak vaksin Covid-19.

“FDA telah menentukan bahawa faedah diketahui dan berpotensi daripada penggunaan dos penggalak heterologi tunggal, adalah melebihi risiko diketahui dan berpotensi daripada penggunaannya, dalam kalangan populasi yang layak,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, penggunaan vaksin Pfizer, Moderna dan Johnson & Johnson (J&J) juga turut diluluskan di AS.

Jenis vaksin vaksin Covid-19 berlainan boleh digunakan bersama satu daripada mana-mana jenis vaksin setelah lengkap imunisasi utama.

Dos penggalak kini boleh diterima bagi individu yang berumur 65 tahun ke atas, berumur 18 tahun ke atas dan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 lengkap vaksin jenis Moderna.

Semua individu dewasa yang menerima suntikan tunggal vaksin J&J lebih dua bulan lalu, juga layak untuk mendapatkan dos penggalak.

Sebelum ini, hanya golongan imunokompromi, warga emas atau kumpulan berisiko tinggi dan sudah menerima dos lengkap vaksin Pfizer, layak untuk mendapatkan suntikan dos penggalak.

– AGENSI

Related Articles

Back to top button