DuniaSemasa

Fatima Payman wanita Muslim berhijab pertama bergelar senator di Australia

Pernah diejek 'go back to where you came from' kerana bertudung

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Perjalanan Fatima Payman untuk menjadi seorang ahli Parlimen pertama berhijab di Australia bermula apabila ada rakan sekelas universiti mengejek tudungnya.

Pelajar jurusan Farmasi ini berkongsi kisahnya, dia merasa diterima sejak tiba di Australia selepas melarikan diri dari Afghanistan ketika bayi walaupun dia pernah diejek dalam bilik tutorial di universiti.

Senator Payman, 27, memaklumkan bahawa bapanya sentiasa berdepan ‘diskriminasi dan penderaan kepada tidakpastian pekerjaan dan gaji rendah’. Namun pengorbanan ayahnya itu membolehkan Payman menjalani zaman kanak-kanak yang bahagia.

Ucapan Payman penuh emosi di Parlimen pada malam Selasa dimana dia menzahirkan ucapan terima kasih atas pengorbanan arwah bapanya itu.

Sumber gambar: Samudra

“Pengalaman yang tidak boleh saya lupakan apabila seorang lelaki telah mengejek hijab saya. Perkara tersebut telah membuatkan saya berasa seperti ‘orang asing’ di dalam kelas tutorial tersebut.”

“Sebelum itu, saya tidak pernah berasa berbeza atau pelik, saya berasa seperti kanak-kanak Aussie yang lain, membesar di pinggir bandar Perth, menaiki pengangkutan awam ke universiti dan berharap untuk menjadi ahli masyarakat yang produktif.”

“Tetapi penghinaan seperti ‘Go back to where you came from’, mengelarnya sebagai ekstrimis telah memaksanya merasa seperti orang asing di Australia.”

Perkara tersebut telah membakar semangatnya untuk terlibat dalam politik, menyertai kumpulan kepimpinan belia, kumpulan penasihat polis dan persatuan pelajar Islam.

Sumber gambar: www.dailymail.co.uk

Menurut Senator Fatima, beliau menyertai Parti Buruh selepas menyaksikan kedua ibu bapanya diambil kesempatan di tempat kerja mereka.

“Saya menyaksikan perjuangan ibu bapa saya demi meletakkan makanan di atas meja, demi membayar pendidikan kami dan demi menyediakan tempat berlindung untuk kami.”

Dalam ucapan pelantikannya, senator termuda itu turut berikrar untuk membawa perubahan dalam sistem Parlimen Australia.

“Sebagai anak perempuan pelarian yang datang ke tanah ini dengan impian masa depan yang selamat dan lebih baik, saya memberikan diri saya keberanian untuk mencabar sistem dan untuk melihat… sejauh mana perubahan yang boleh saya lakukan,” kata Senator Fatima.

Malah, beliau juga menyeru rakan-rakan ahli parlimennya untuk menghapuskan ketaksuban, perkauman dan diskriminasi, bukan hanya diam membisu.

Sumber gambar: www.dailymail.co.uk

Selain itu, Fatima Payman menjadi pemecah tembok stigma untuk wanita Islam selepas dia menjadi ahli politik berhijab pertama yang memenangi undi yang mencukupi untuk menduduki kerusi di Dewan Senat Australia melalui parti Buruh.

“Saya mahu menormalisasikan pemakaian hijab. Saya berharap dapat menjadi inspirasi kepada ramai anak muda Australia yang lain, bahawa hanya kerana anda percaya kepada Tuhan, atau hanya kerana anda kelihatan berbeza, ia tidak seharusnya menghalang anda daripada terlibat dalam institusi yang penting.”

Berada dalam negara yang minoriti beragama Islam, pemilihan Fatima oleh rakyat kulit putih yang lain menonjolkan keterbukaan dan penerimaan terhadap masyarakat Islam. Mereka saling hormat sebagai satu komuniti yang berusaha menjadikan persekitaran kehidupan yang positif.

Related Articles

Back to top button