NABLUS: Sekurang-kurangnya 6 rakyat Palestin cedera selepas dipukul semasa serangan penjajah haram israel terhadap penduduk di bandar Huwara di selatan Nablus, Tebing Barat yang diduduki, menurut Ahmad Jibril, Ketua Jabatan Kecemasan dan Ambulans Bulan Sabit di Nablus.
Beliau memberitahu WAFA bahawa 5 rakyat Palestin cedera selepas diserang oleh peneroka haram dan dibawa ke pusat perubatan di Huwara untuk rawatan.
lsraeli colonial settlers attack Palestinian residents of Huwara and torch their property. pic.twitter.com/geHrlbynma
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) March 27, 2023
Tambahnya, peneroka cuba menghalang akses ambulans Bulan Sabit Merah Palestin ke Huwara. Mereka menyerang ambulans ketika pekerja pertolongan cemas cuba memindahkan mangsa yang cedera ke pusat perubatan dengan memecahkan cermin depan dan belakang.
Dalam perkembangan seterusnya, peneroka menyerang rumah dan kenderaan penduduk di bandar yang sama, membakar sebuah trak milik salah seorang penduduk tempatan. Mereka juga menyerang ambulans yang datang ke tempat kejadian, kata Ghassan Daghlas, seorang pegawai yang bertanggungjawab ke atas penempatan di utara wilayah yang diduduki.
lsraeli occupation forces aggressively assault a Palestinian in Huwara, south of Nablus. pic.twitter.com/a3rE8uKRY3
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) March 27, 2023
Ahmad Jibril, Ketua Jabatan Kecemasan dan Ambulans Bulan Sabit Merah Palestin di Nablus, berkata pekerja ambulans turut mengalami kecederaan di kepala.
Keganasan ini sering berlaku sejak beberapa minggu ini menyebabkan beberapa penduduk Palestin cedera dan terkorban.
BACA JUGA
12 tahun Syria kekal terperangkap & berpecah belah
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia