Semasa

4 rakyat Malaysia terpedaya peluang kerja di Kemboja tiba di Malaysia

KUALA LUMPUR : Kementerian Luar memaklumkan bahawa baki empat daripada 16 warganegara Malaysia yang menjadi manga penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja selamat tiba di tanah air dari Phnom Pehn pada 4.35 petang semalam.
Kementerian itu juga berkata bahawa empat individu tersebut tidak dapat menyertai penerbangan pulang 12 yang lain pada 11 April kerana disahkan positif COVID-19 sebelum berlepas.
“Mereka dibenarkan pulang ke Malaysia setelah selesai menjalani kuarantin tujuh hari di Kemboja dengan dipantau Kedutaan Besar Malaysia di negara itu,” menurut hanarna yang dimuat naik di Facebook rasmi Wisma Putra.
Dalam pada itu, pihak Kementerian Luar turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Kemboja dan kerjasama erat yang diberikan Kedutaan Besar Malaysia di negara itu dalam memudahcara urusan yang berkaitan bagi membolehkan mereka kembali ke tanah air dengan selamat.
Mengulas lanjut, bagi mengelakkan diri dari terjebaq dengan sindiket sedemikian, Wisma Putra mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berhati-hati dengue tawaran pekerjaan di luar negara.
Perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara sentiasa bersedia memberikan nasihat sewajarnya berhubung perkara itu serta membantu warganegara Malaysia yang berada dalam kesulitan.
Kejayaan membawa pulang semua rakyat Malaysia itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) adalah hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis Kemboja, Polis ASEAN (Aseanapol) dan Wisma Putra.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button