BanjirSemasa

Empat buah bot MAPIM digerakkan dalam Misi Bantuan Banjir Johor

Sepang : Banjir di Johor masih belum reda, dan keperluan mangsa banjir di situ menjadi antara yang mendapat perhatian daripada MAPIM Malaysia.

MAPIM Malaysia bersama MAPIM Rangers sekali lagi turun bagi melaksanakan Misi Bantuan Banjir Johor, terutamanya di kawasan yang terjejas teruk seperti Segamat, Muar dan Mersing.

Misi kali ini disertai lebih 10 pacuan empat roda yang membawa 500 kotak bantuan makanan dan keperluan asas yang lain seperti bantal, selimut, dan hygiene kit.

MAPIM Malaysia turut membawa empat buah bot MAPIM Malaysia khusus bagi memudahkan pergerakkan misi ke kawasan yang dinaiki air.

Misi Bantuan Banjir Johor diketuai oleh Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Tuan Zulhanis bin Zainol yang juga merupakan Penolong Pesuruhjaya (Bersekutu) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Tuan Zulhanis sedang memberikan taklimat sebelum berlepas ke Johor

Menurut Tuan Zulhanis, “Kita tidak menghadkan berapa banyak misi bantuan. Selagi mana kawasan itu memerlukan, kita tetap akan hantar. Misalnya, banjir di Johor ini. Minggu lepas kita sudah ke sini, dan sekarang pun kita masih ke sini kerana keadaan mereka memerlukan. Yang utama adalah keselamatan mangsa banjir, dan keselesaan mereka. Kita akan usahakan apa sahaja bagi membantu mereka.”

Misi Bantuan Banjir Johor bergerak pada tengah malam tadi dan terus berkhidmat pada pagi ini. Antara kawasan bantuan untuk hari pertama misi ialah di Kg. Bukit Limau Manis, Kg. Chodan, Kg. Sri Rahmad,Kg. Bukit Senggir dan Kg. Tekam.

MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button