
RAMALLAH: Pasukan penceroboh israel menahan 17 rakyat Palestin di seluruh wilayah yang diduduki, termasuk 4 adik-beradik dari Lembah Jordan dan seorang aktivis wanita dari Baitulmaqdis Timur, menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS) serta sumber lain.
Israeli occupation forces detain 4 Palestinian young men near Nablus, raising the number of detainees to 30 today. pic.twitter.com/PcjrLg4NIu
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) January 23, 2023
Menurut mereka, empat beradik daripada keluarga Shalalfeh itu ditahan berikutan serbuan di rumah keluarga mereka di kampung Fasayel, di Lembah Jordan, timur Tebing Barat.
Orang kelima, yang dikenal pasti sebagai peguam Baha Bisharat, seorang penduduk di bandar kawasan Tubas, Tammoun, Lembah Jordan, juga telah ditahan oleh tentera ketika melalui pos pemeriksaan di utara Tebing Barat.
lsraeli occupation forces detain a Palestinian child after invading his family’s house in ‘Ayda camp, Bethlehem. pic.twitter.com/BUqLZt29OR
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) January 23, 2023
Di samping itu, tentera menahan 2 lagi rakyat Palestin semasa serbuan di rumah mereka di kem pelarian Balata, utara Tebing Barat bandar Nablus, dan tiga orang lagi dari Nablus serta Jenin juga telah ditahan di pusat pemeriksaan barat bandar.
Tiga yang lain ditahan semasa serbuan di kampung kawasan Tulkarm, di utara Tebing Barat.
Seorang warga Palestin ditahan di kampung Jifna, berhampiran Ramallah, dan seorang lagi dari Beit Rima ditahan di pusat pemeriksaan tentera di utara Ramallah.
Israeli occupation authorities have extended the detention of Palestinian activist Hanadi Halawani until tomorrow.
Hanadi was detained by the occupation forces today morning after raiding and vandalizing her home in occupied Jerusalem. pic.twitter.com/4lp0xX24ue
— Quds News Network (@QudsNen) January 24, 2023
Dua rakyat Palestin, termasuk aktivis wanita Hanadi Halwani, turut ditahan di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, kata PPS.
BACA JUGA
Hak untuk hidup rakyat Syria dicabuli Amerika
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini