Semasa

Elak ajaran sesat, kukuhkan ilmu Islam.

Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today 

Mengapa segelintir umat Islam boleh terpengaruh dengan ajaran sesat?

Ajaran sesat berleluasa kerana sifat kejahilan dalam kalangan pengikut atau pembawa ajaran sesat. Jika perkara ini tak dibendung, ia dapat merosakkan akidah sebahagian umat Islam.

Segelintir masyarakat mudah terpengaruh dengan percakapan seseorang tetapi tidak tahu sama ada sahih atau tidak.

Bermula dari zaman Rasulullah SAW, wujud pihak yang mahu memesongkan umat Islam. Seperti contoh, Musailamah Habib (Musailamah al-Kazzab) yang mengaku dirinya nabi. Jika seseorang yang membawa ajaran sesat atau mengaku dirinya nabi pada ketika itu akan dihukum bunuh.

Allah pernah berfirman:

“Sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan lain dari Islam, kerana jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-An’am, ayat 153)

Ilmu agama perlu dikukuhkan kerana tanpanya manusia tidak dapat membezakan sesuatu yang benar atau salah. Dengan ilmu ini juga kita dapat menilai sesuatu perkara itu sahih atau terpesong. Justeru, seseorang itu dapat mengelakkan diri dari terpengaruh dengan amalan ajaran sesat.

Umat Islam perlu memantapkan akidah dan cakna setiap fatwa negeri tentang ajaran sesat dan tidak terpesong dari pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Related Articles

Back to top button