Eh! Boleh ke merasa makanan ketika berpuasa?
Oleh Wartawan Pelatih, Azrina Amri
Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan manfaat. Setiap saat masa yang berlalu, sangat berharga bagi orang yang beriman kerana setiap amal ibadah atau perbuatan yang kita lakukan pada bulan ramadan ini menjadi ladang pahala bagi kita.
Puasa itu bermaksud, menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Ibadah puasa di bulan ramadan merupakan ibadah yang wajib dilakukan oleh umat Islam.
Dalam islam, adakah kita dibolehkan merasa makanan ketika berpuasa ?
Ibnu Abbas ada meriwayatkan yang bermaksud:
‘Tidak mengapa merasa masakan di periuk atau sesuatu (yang seumpamanya)’
Di dalam riwayat yang lain IbnAbi Syaibah, Ibn Abas yang bermaksud:
‘Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa merasa cuka atau sesuatu, selagimana ia tidak masuk sampai ke kerongkong.’
Perkara ini dijelaskan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, menerusi portal Maktabah Al-Bakri.
Ia memudahkan para peniaga dan wanita yang memasak makanan untuk berbuka dan memberi keringanan kepada mereka untuk merasa makanan yang dimasak.
Sekiranya merasa makanan tanpa keperluan ia adalah makhruh, namun tidak membatalkan puasa.
Sudah pasti, setiap masakan yang dimasak perlu mempunyai rasa yang cukup bagi menepati citarasa masyarakat apabila merasainya.
Ini kerana, perbuatan merasa makanan hendaklah dalam kuantiti yang sedikit tanpa menelannya.
Puasa itu boleh terbatal, sekiranya merasa makanan itu secara ditelan masuk bersama air liur, makan batallah puasanya.