Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
KUALA LUMPUR: Duta besar Ukraine di Malaysia, Olexander Nechytaylo mengucapkan tahniah kepada jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.
Menerusi hantaran di Facebook miliknya, beliau menzahirkan rasa kagum di atas prestasi luar biasa yang ditunjukkan atlet berusia 31 tahun itu sehingga berjaya memecahkan rekod dunia bagi kategor F20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
“Ziyad akan kekal sebagai juara sejati di hati setiap orang, bahkan bukan hanya pada rakyat Malaysia,” katanya.
Sebelum ini, kejayaan Ziyad meraih pingat emas, sekaligus, memecahkan rekod dunia, ditarik balik ekoran protes yang dilakukan kem Ukraine.