Dunia kelaparan, adakah kita peduli?
Dari Haiti ke Syria krisis kelaparan semakin memuncak
![](http://i0.wp.com/www.ummahtoday.com.my/wp-content/uploads/2021/06/3840.jpg?fit=1200%2C1200&ssl=1)
Keadaan negara miskin yang semakin dibelenggu kekurangan bekalan makanan kini mencecah tahap kritikal, berjuta manusia menagih bantuan makanan sampai ke tempat mereka.
Lebih keruh, keadaan pandemik COVID-19 ini menjadi penghalang bantuan untuk segera sampai kepada mereka.
Dari Haiti ke Syria, kira-kira 155 juta manusia di 55 negara bergantung hidup pada bantuan kemanusiaan sehingga negara-negara ini diisytihar berada dalam keadaan ‘krisis makanan’. Dianggarkan peningkatan krisis ini meningkat sehingga 20 juta sejak 2019.
Pertikaian Politik, Ekonomi Dan Perubahan Iklim Tambah Kesan Buruk Krisis Makanan
Berdasarkan kajian Rangkaian Antarabangsa Menentang Krisis Makanan atau Global Network Against Food Crises, dengan kerjasama Kesatuan Eropah, Organisasi Makanan dan Pertanian dan Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, memaklumkan terdapat tiga faktor utama krisis makanan ini bertambah buruk iaitu berpunca daripada pertikaian politik, ekonomi dan perubahan iklim.
Menurut Pegawai Kecemasan dan Pemulihan Kanan Organisasi Makanan dan Pertanian, Luca Russo dalam temu bual bersama Al-Jazeera, ketiga-tiga punca ini merupakan satu gabungan toksik.
“Tiga faktor krisis makanan ini adalah gabungan beracun,” – Luca Russo / Pegawai Kecemasan dan Pemulihan Kanan, Organisasi Makanan dan Pertanian
Russo juga berkata dalam beberapa minggu akan datang daripada 155 juta golongan yang berhadapan dengan krisis makanan, kira-kira 28 juta daripadanya hampir menghidapi kebuluran yang melampau.
Russo mendesak deklarasi krisis makanan bertindak segera untuk menghulurkan lebih banyak bantuan makanan dengan segera ke negara-negara yang mencatatkan 97 peratus tahap kebergantungan kepada bantuan luar.
Krisis Makanan di Yaman
![](http://i0.wp.com/www.ummahtoday.com.my/wp-content/uploads/2021/06/EjLKD3YWoAMa2Za.jpg?resize=708%2C472&ssl=1)
Sejak tahun 2015, keadaan di bumi Yaman berada dalam keadaan tegang apabila negara republik itu diancam pelbagai serangan tanpa belas kasihan dari negara luar seperti Britain dengan bantuan senjata Inggeris dari Amerika Syarikat.
Sejumlah 13,000 orang awam menjadi mangsa serangan udara peperangan Yaman. Walaubagaimanapun, kesengsaraan rakyat Yaman tidak berakhir begitu sahaja, kerosakan fasiliti-fasiliti penting dan sekatan udara juga laut meranjah bekalan makanan untuk sampai kepada mereka.
Justeru, ekonomi negara itu semakin merudum sehingga menjadikan bumi Yaman berada dalam garisan kemiskinan.
Kerosakan ini mengundang kesan buruk kepada rakyat Yaman dalam masa jangka panjang. Keadaan ekonomi yang tidak stabil mengakibatkan peningkatan kes kematian meningkat berpunca daripada kekurangan zat, penyakit dan kelaparan tegar.
Merujuk pada kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga hari ini Yaman berada di tengah-tengah krisis politik, kemanusiaan dan isu pembangunan yang berlarutan. Dalam 24.1 juta orang sekitar 80 peratus penduduk memerlukan bantuan dan perlindungan kemanusiaan, dimaklumkan Yaman berada dalam krisis kemanusiaan terbesar di dunia.
Lebih 14 juta orang memerlukan bantuan, manakala, lebih daripada tiga juta orang telah kehilangan tempat tinggal sejak tahun 2015.
Bertahun negara Yaman ‘berada di ambang kebuluran’, mengharapkan bantuan daripada masyarakat antarabangsa untuk terus hidup. Pada tahun 2018, 85,000 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia disebabkan kelaparan melampau.
![](http://i0.wp.com/www.ummahtoday.com.my/wp-content/uploads/2021/06/EBhjKxiXoAEIqkP.jpg?resize=680%2C453&ssl=1)
Merujuk pada data dari pusat kesihatan yang disokong oleh Save The Children , di utara Yaman pemotongan dana bantuan memberi impak kepada peningkatan 52 peratus kanak-kanak kekurangan zat makanan sehingga mengakibatkan kematian.
Memetik kenyataan Pengarah Save The Children di Yaman, Xavier Joubert, angka kematian akibat daripada krisis makanan ini membimbangkan apabila melihat anak-anak ini setiap hari bertahan untuk hidup biarpun sukar bagi mereka untuk mencari makanan buat alas perut.
Xavier menegaskan ini amaran jelas bahawa tahun 2021 menjadi tahun yang panjang dan penderitaan yang berterusan jika dunia tidak mengambil apa-apa tindakan.
“Angka ini mengerikan. Sangat membimbangkan bahawa berjuta-juta kanak-kanak sudah berada dalam pertempuran setiap hari untuk bertahan hidup dan semakin teruk. Angka-angka itu adalah amaran jelas bahawa 2021 akan menjadi tahun yang panjang dan mungkin mematikan bagi anak-anak di Yaman kecuali jika tindakan segera diambil. ” – Xavier Joubert / Pengarah Save The Children di Yaman
Menurut laporan AP, lebih mengeruhkan PBB isytihar pengurangan bantuan antarabangsa dari 14.5 bilion kepada 10 bilion berikutan kesan ekonomi susulan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Dua lagi agensi PBB turut mengumumkan pemotongan dana sebanyak 80 peratus untuk dana antarabangsa.
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom