Dulu mengeji kini raih simpati ! – Sekutu Suu Kyi
Muslim Rohingya diminta bersatu untuk membanteras pemerintahan Junta
SINGAPURA : ‘Bagai meludah ke langit’ buat sekutu Aung San Suu Kyi yang dulu menghina muslim Rohingnya kini ketagih kerjasama ‘bengali’ untuk melawan pemerintahan tentera Junta.
Sekutu utama pemimpin Myanmar yang dulu menggulingkan Aung San Suu Kyi, kini bersuara untuk menegakkan hak kesamarataan buat ratusan ribu umat Islam Rohingnya yang kini berlindung di kem pelarian di Bangladesh.
Hak ini teramsuklah ‘hak penuh’ kewarganegaraan Myanmar. Tambahnya, beliau meminta agar pelarian Islam Rohingnya yang kini berlindung di Bangladesh itu dipulangkan.
Dr. Sasa, sekutu Suu Kyi yang hanya menggunakan satu nama dan menggelarkan dirinya sebagai utusan perwakilan parlimen Myanmar di Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB), mengatakan hasratnya ketika sesi wawancara dengan Haslinda Amin dari Bloomberg Television, sudah tiba masanya bagi 55 juta rakyat di negara itu untuk mengetepikan isu perkauman atau xenofobia dan berdiri teguh untuk melawan kuasa tentera Junta.
“Saya menunggu masa untuk memanggil saudara Rohingya, sebagai keluarga saya. Kami satu keluarga. Sekarang kami hanya mempunyai satu musuh bersama iaitu jeneral tentera ini,” – Dr. Sasa
Sejak 2017, seramai 700,000 masyarakat Islam Rohingnya terpaksa melarikan diri dari tempat mereka sendiri, Rakhine dan berhijrah ke negara lain untuk mendapat perlindungan. Ada yang lebih malang, masyarakat ini juga ada yang menjadi mangsa genocide hasil kekejaman pemerintahan Myanmar.
Penderitaan mereka dulunya hanya dipandang sebelah mata oleh Aung San Suu Kyi. Hal ini membuatkan ramai orang mengecam tindakan ‘tebal muka’ sekutu-sekutu Suu Kyi ke atas tindakan mereka terhadap komuniti Rohingnya itu.
Dahulunya Aung San Suu Kyi membela kekejaman tentera Myanmar yang melakukan pembunuhan secara beramai-ramai atau genocide terhadap kawasan penduduk komuniti Rohingnya. Namun, tindakannya itu tidak memberi kesan kepada kumpulan Junta itu, malah beliau, Suu Kyi dijtauhkan sendiri oleh pihak yang dibelanya itu.
Pada 27 Mac lalu, Myanmar telah bermandi darah sejak berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera. Kira-kira 114 penunjuk perasaan dan orang awam terbunuh dalam pergelutan antara pihak tentera dan polis.
Seluruh Ketua Pertahanan dari setiap pelusuk negara mengecam kekerasan yang mengorbankan 459 mangsa yang banyaknya tidak bersenjata.
Dr. Sasa yang juga merupakan sebahagian daripada Jawatankuasa Mewakili Pyidaungsu Hluttaw (CRPH), sebuah pemerintahan selari yang dibangunkan anggota Liga Kebangsaan bagi Demokrasi yang dijatuhkan berkata,
Rakyat sewajarnya diberikan kesempatan untuk melindungi diri sendiri daripada kekejaman tentera. – Dr. Sasa
Pada masa yang sama, tentera Junta tetap teguh dengan pendirian mereka bahawa pihak yang menentang merupakan perusuh ganas yang menyerang pasukan keselamatan dan memusnahkan harta benda.
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran – Nurshazlin Shahrom