Duit lebur akibat jerat scammer
Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today
Masyarakat kini sering terjerat dengan helah scammer. Apa yang menyedihkan apabila wang dalam akaun semakin berkurang dan lagi berkurang apabila terkena jerat ini.
Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 71,833 kes jenayah komersial yang telah disiasat berjumlah lebih RM5.2 billion pada tahun 2020 hingga Mei lalu.
48,850 kes jenayah komersial yang dicatat adalah jenayah penipuan dalam talian.
Jenayah penipuan talian kini mempunyai pelbagai jenis seperti African Scam, Love Scam, Parcel Scam, dan yang paling popular iaitu Macau Scam.
Seperti contoh kes Macau Scam ini membabitkan sindiket yang menyamar sebagai pihak berkuasa untuk memperdayakan mangsa untuk membuat pemindahan wang bagi kes yang didakwa bersabit mereka.
Kes meniaga dalam talian turut juga diberi perhatian kerana terdapat 3,833 kes setakat Mei ini.
Masyarakat perlu cakna, tiada sebarang talian yang disambungi dari satu agensi ke satu agensi kerana perkara ini dilakukan oleh scammer. Talian kastam disambungkan kepada polis untuk tindakan siasatan adalah perkara yang salah.
Bagi anak-anak muda yang peka tentang kes scammer yang sedang berleluasa ini perlu memantau ibu bapa yang telah berusia kerana mangsa scammer kebanyakan terdiri daripada warga tua.
Masyarakat disarankan untuk membuat semakan ke atas nombor akaun yang diberikan sindiket dan tidak percaya dengan pihak-pihak yang mengaku agensi kerajaan.
Ini kerana mereka meminta memasukkan wang anda ke atas akaun milik individu lain.