Ekonomi

MD & CEO UEM Sunrise letak jawatan

Peluang kerjaya lain

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah memberikan notis peletakan jawatannya pada Jumaat untuk meneruskan peluang kerjaya lain.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, UEM Sunrise berkata, lembaga pengarah akan membincangkan mengenai tarikh kuat kuasa peletakan jawatan Anwar Syahrin itu.

“Syarikat akan mengumumkan tarikh peletakan jawatan itu apabila tiba masanya,” kata syarikat itu.

Baru-baru ini, UEM Group Bhd telah menyerahkan surat kepada lembaga pengarah UEM Sunrise dan Eco World Development Group Bhd mencadangkan mereka menimbang potensi penggabungan antara kedua-dua syarikat itu.

Cadangan penggabungan itu dijangka mewujudkan satu daripada syarikat hartanah terbesar di Malaysia.

– BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button