EkonomiSemasa

Duit dalam akaun hilang, rakyat sokong bank bayar ganti rugi

Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini kecoh apabila pakar perubatan terkenal Dr Rafidah Abdullah mendakwa wang simpanan sebanyak RM13,000 lesap dalam akaun bank miliknya.

Berdasarkan perkongsian yang dibuat di akaun facebooknya, pakar buah pinggang tersebut meluahkan rasa kecewa apabila wang miliknya lesap sekelip mata menerusi tiga transaksi mencurigakan.

Apa yang lebih mengecewakan transaksi tersebut langsung tidak mempunyai sekuriti apabila tidak meminta sebarang kod kebenaran transaksi (TAC).

“This is absolutely ridiculous. Saya dah report ke CIMB, polis dan sebagainya. Setakat ini feedback adalah kalau scammer dah keluarkan duit, duit itu tidak akan dapat dipulangkan. Tidak apa. Saya reda,” ujarnya yang bercadang menutup akaun bank terebut dalam masa terdekat.

Perkara ini telah membuatkan rata-rata wargamaya kecewa dengan pihak bank sehingga mereka menuntu ada pihak memperjuangan isu ini.

Hal ini disebabkan bukan sahaja Dr Rafidah menjadi mangsa tetapi ramai lagi di luar sana menjadi mangsa scammer.

Pihak bank telah didedak agar membayar semula ganti rugi kepada pelanggan apabila berlaku kes kehilangan wang simpanan yang berpunca daripada kelemahan sistem sekuriti perbankan.

Gesaan ini telah dibuat oleh beberapa persatuan pengguna itu juga menuntut agar Bank Negara Malaysia (BNM) menubuhkan pasukan khas bagi melakukan siasatan terhadap pihak bank yang terlibat.

Timbalan Presiden Gabu­ngan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, pihak bank tidak boleh lepas tangan dan menyalahkan pelanggan semata-mata apabila scammer atau penggodam ‘merompak’ duit.

Rakyat menyokong agar bank membayar ganti rugi, jangan hanya kira untung sahaja.

Orang ramai menyokong gesaan pelbagai pihak supaya bank perlu bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kehilangan wang simpanan ekoran kelemahan sistem sekuriti perbankan.

Rata-rata mereka berpendapat pihak bank yang mencatat keuntungan besar setiap tahun sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk membayar ganti rugi berkenaan jika disebabkan kecuaian sistem keselamatan mereka.

Orang ramai turut mempersoalkan pendekatan bank amat tegas terhadap pelanggan yang gagal membayar pinjaman termasuk dibawa ke mahkamah, namun dalam soal wang simpanan pelanggan hilang pihak tersebut lepas tangan.

Related Articles

Back to top button