DuniaPalestin

Dua wanita Palestin ditembak tentera Israel

BAITULMAQDIS : Dua wanita Palestin maut akibat ditembak oleh tentera Israel dalam kejadian berasingan di kawasan Tebing Barat yang diduduki.

Pegawai Keselamatan Israel memberitahu, salah seorang daripada wanita terbabit ditembak ketika berlari ke arah tentera, manakala seorang lagi selepas menikam askar untuk mempertahankan dirinya dari diganggu askar tersebut.

Kementerian kesihatan Palestin menyifatkan insiden berkenaan berlaku selepas seorang lelaki Palestin dibunuh tentera Israel yang dianggap oleh penduduk tempatan sebagai konfrontasi dengan pembaling batu berhampiran bandar Bethlehem di Tebing Barat.

Namun, tiada senjata ditemui pada mayat seorang wanita Palestin yang ditembak dan terbunuh selepas dia dituduh tidak mengendahkan amaran tembakan untuk berhenti berlari ke arah mereka, kata tentera Israel, sambil menambah pihaknya sudah pun memulakan siasatan.

Beberapa jam kemudian, seorang wanita Palestin bersenjatakan pisau ditembak mati selepas mencederakan sedikit anggota polis sempadan separa tentera di Hebron, di luar Makam Patriark.

Keganasan Israel terhadap Palestin sering berlaku apabila tibanya bulan Ramadan yang mulia, di mana terdahulu meletus pada Mei tahun lepas sehingga mencetuskan perang 11 hari antara pejuang Gaza dan Zionis Israel.

Untuk rekod, lebih 20 rakyat Palestin dibunuh tentera Israel sejak Januari, manakala rakyat Palestin melaporkan peningkatan keganasan oleh rejim Israel di Tebing Barat.

Seorang pegawai kanan Palestin, Hussein al-Sheikh, berkata peluasan penempatan Israel di tanah yang diduduki dan lawatan oleh orang kanan Israel ke perkarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, mengundang kepada peningkatan keganasan.

Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett pula berkata, masyarakat Arab “cuba untuk memusnahkan kami” dan “digerakkan oleh kebencian terhadap orang Yahudi dan negara Israel.”

Tentera Israel melancarkan serbuan dalam dan sekitar bandar Jenin di Tebing Barat dalam cubaan untuk menggagalkan apa yang didakwa Bennett sebagai ‘gelombang baru keganasan’.

– AGENSI


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button