InspirasiSemasa

Dua rakyat Malaysia terima anugerah kehormat dari kerajaan UK

KUALA LUMPUR : Seorang pesara doktor gigi, Dr Vinod Kumar Joshi dan seorang pemandu pengembara, Tham Yau Kong merupakan wakil dari Malaysia yang menjadi penerima anugerah kehormat daripada kerajaan United Kingdom.

Dr Vinod iaitu seorang doktor gigi yang telah bersara, Dr Vinod Kumar Joshi dan seorang pemandu pengembara, Tham Yau Kong akan menerima anugerah kehormat daripada kerajaan United Kingdom,

Menurut Senarai Anugerah Kehormat yang diumumkan di UK hari ini, anugerah Officer of the Order of the British Empire (OBE) akan diterima oleh Dr Vinod Kumar sebagai penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam memerangi kanser manakala Yau Kong akan menerima anugerah Member of the Order of the British Empire (MBE) bagi sumbangannya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, sejarah dan budaya.

Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay berkata, Dr Video berjaya mewujudkan sebuah badan amal menerusi rangkaian sokongan yang amat diperlukan bagi menghubungkan pesakit berfikiran serupa.

“Selain berkongsi banyak sumber mengenai kanser mulut, Dr Vinod Kumar dan yayasannya juga memainkan peranan dalam menggalakkan ujian saringan kerana diagnosis awal mampu menyelamatkan nyawa,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, sumbangan dalam penemuan serta pemuliharaan laluan Perarakan Maut Sandakan-Ranau yang menjadi satu lakaran sejarah yang penting bagi UK dan Malaysia telah melayakkan Yau Kong menerima anugerah MBE.

“Yau Kong juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan penyelidikannya dengan golongan pelajar serta Angkatan Bersenjata UK selain mendekatkan orang ramai dengan anak cucu tawanan perang yang terbabit,” katanya.

Dr Vinod Kumar, yang juga Pengasas Yayasan Kanser Mulut di UK, menyifatkan anugerah itu sebagai satu pengiktirafan kepada ketabahan semua pesakit, kakitangan dan sukarelawan dalam mengekalkan visi badan amal itu sejak penubuhannya manakala Yau Kong yang gembira usahanya diiktiraf berkata, beliau akan terus mengekalkan sumbangannya kepada sejarah ekologi dan alam sekitar.

-Diolah dan disunting dari artikel BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button