BanjirSemasa

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Kluang dan Pontian

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

JOHOR BAHRU : Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kluang dan Pontian masih beroperasi setakat 8 pagi hari ini yang menempatkan seramai 29 mangsa banjir.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) hari ini, PPS yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom di  Pontian dan SK Sungai Linau, Kluang.

Setakat ini,  seramai 19 orang dari kampung Parit Haji Mohammad Sanglang ditempatkan di SK Seri Anom.

Menurut kenyataan itu, SK Sungai Linau menempatkan 10 orang penduduk Kampung Sungai Linau.

Dua PPS berkenaan dibuka sejak Ahad lalu susulan banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan. Namun, cuaca pagi ini di kedua-dua daerah berkenaan dilaporkan cerah.

MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button