JENIN: Askar pendudukan israel menembak dan membunuh dua rakyat Palestin di pintu masuk ke bandar Jaba, selatan bandar Jenin di utara Tebing Barat, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Menurutnya, mereka dikenal pasti sebagai Izz Eddin Basem Hamamreh, 24, dan Amjad Adnan Khalilieh, 23, kedua-duanya dari Jaba.
Mother of Izz Eddin Hamamreh bids final farewell to her son who was assassinated by the lsraeli occupation forces south of Jenin. pic.twitter.com/MLgOZ7c0mY
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) January 14, 2023
Sumber keselamatan Palestin memberitahu WAFA bahawa askar melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta berhampiran persimpangan Jaba dan kemudian mengejarnya sehingga kampung Fadakoumieh berhampiran di mana askar terus melepaskan tembakan ke arah kereta itu.
Hundreds of Palestinians take part in the funeral procession of the three #Palestinians who were killed by the Israeli occupation forces in Jenin, early this morning.
Credit: Wafa News Agency pic.twitter.com/Mo5yEG8U3F
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) January 14, 2023
Askar sebelum itu membuat pos pemeriksaan di persimpangan Jaba, menyebabkan pertempuran dengan penduduk tempatan. Tentera melepaskan tembakan ke arah penduduk dan mencederakan seorang warga Palestin dengan tembakan di kakinya.
Tahun lalu, askar israel telah membunuh lebih 224 rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, termasuk 59 di Jenin sahaja.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini