Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
BALING: Akibat hujan lebat berpanjangan bermula 5 petang semalam dua kawasan di Baling dilanda bajir kilat lapor Ketua Polis Daerah Superintendan Shamsudin Mamat.
Ujian lagi kepada penduduk Baling, Kedah
Hujan lebat ptg tadi menyebabkan beberapa kampung termasuk Kampung Iboi, Padang Empang dan Tanjung Nering dilanda banjir dan aliran air deras.
Malah, struktur Jambatan Bailey turut senget dan alami sedikit pergerakan dr kedudukan asal. pic.twitter.com/PaJDENedAi
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 6, 2022
Kawasan yang terbabit adalah kawasan jajaran Kampung Iboi sehingga ke Kampung Hangus dan Taman Baju Sejahtera.
“Air di kawasan Taman Bayu Sejahtera telah surut pada pukul 8 malam tadi namun di kawasan Kampung Iboi dan sekitarnya, sehingga pukul 9 malam, air masih mengalir deras dan dikhuatiri akan melanda beberapa kawasan di pekan Kupang.
“Tiada laporan diterima mengenai kehilangan ahli keluarga dan hujan juga telah berhenti kira-kira pukul 6 petang tadi, bagaimanapun jambatan Bailey telah dinaiki air dan berlaku kerosakan struktur pada jambatan itu yang kini ditutup untuk semua kenderaan dan pejalan kaki,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
6.9.2022 – kg iboi Baling Kedah
(Kejadian Petang Tadi) pic.twitter.com/x3EbrMNR2x— yaniee (@lady_bugg11) September 6, 2022
Sehingga jam 7 pagi tadi, seramai 130 mangsa banjir membabitkan 37 keluarga masih berada di 2 pusat pemindahan sementara (PPS).
Kejadian banjir kilat semalam dikatakan seakan-akan sama seperti kejadian yang pertama berlaku sebelum ini, cuma kesannya tidak sebesar sebelumnya.
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038