DuniaPalestinSemasa

Dua atlet tenis kerusi roda Iraq tarik diri enggan lawan peserta Israel

Nasr Mahdi dan Mohammad Al-Mahdi bertindak sedemikian sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin.

IRAQ : Sejak kebelakangan ini, semakin ramai atlet dari pelbagai negara menolak untuk berhadapan dengan Israel dalam pertandingan antarabangsa bagi menyokong perjuangan Palestin.

Terkini, dua pemain tenis kerusi roda Iraq menarik diri daripada Kejohanan Terbuka Tenis Kerusi Roda Bucharest 2022 yang dijadualkan pada 15 Ogos ini di Romania kerana enggan berdepan dengan lawan Israel.

Kedua-dua pemain tersebut, Nasr Mahdi dan Mohammad Al-Mahdi bertindak sedemikian sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin.

Terdahulu, Parlimen Iraq sebulat suara meluluskan undang-undang yang menetapkan bahawa sebarang bentuk hubungan atau normalisasi dengan Israel adalah satu jenayah.

Awal tahun ini, pemain tenis Kuwait, Muhammad Al-Awadi, 14, menarik diri daripada Kejohanan Tenis Dubai dengan tujuan yang sama.

Atlet Judo Algeria Fethi Nourine menarik diri daripada acara 73kg lelaki di Sukan Olimpik Tokyo selepas mengetahui bahawa dia perlu berdepan Israel, Tohar Butbul pada pusingan kedua.

Seorang atlet taekwondo Jordan, Maysir al-Dahamsheh sanggup melepaskan peluangnya merangkul pingat gangsa kerana enggan berdepan Israel dalam Kejohanan Dunia Kadet dan Remaja 2022 yang diadakan di Bulgaria sebagai tanda protes terhadap normalisasi hubungan dengan rejim Tel Aviv.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang sedang derita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button