KesihatanSemasa

Dr Noor Hisham gesa masyarakat waspada penyakit diabetes, ‘budaya gula’

KUALA LUMPUR : Disebabkan penyakit kencing manis dan budaya gula kini sudah menjadi norma biasa dalam masyarakat, rakyat Malaysia digesa untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu daripada lima orang dewasa dalam negara mengalami penyakit itu dengan risiko komplikasi sekali gus menjadikan penyakit kencing manis atau diabetes antara masalah utama di Malaysia.

Menurutnya, data Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019, prevalens diabetes dalam kalangan orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas menunjukkan peningkatan daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 13.4 peratus pada 2015.

Manakala pada 2019 ia berjumlah 18.3 peratus atau membabitkan 3.9 juta daripada populasi dewasa.

“Mata, buah pinggang dan system saraf boleh rosak akibat penyakit diabetes, disusuli dengan komplikasi lain seperti tekanan darah tinggi dan serangan jantung.

“Ia adalah ‘resipi’ kepada penyakit yang kini menjadi pembunuh nombor satu di Malaysia,” katanya semasa berucap di Forum Hari Diabetes Sedunia 2021 dianjurkan secara maya.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button