Covid19Semasa

Dos penggalak keempat vaksin covid-19 tingkatkan antibodi sebanyak lima kali ganda

JERUSALEM – Kajian di Israel menunjukkan pemberian vaksin Covid-19, dos keempat dapat meningkatkan antibodi sebanyak lima kali ganda.

Perkara itu disahkan sendiri oleh perdana menteri Israel, Naftali Bennet di Sheba Medical Center yang merupakan pusat perubatan dan penyelidikan covid-19.

Ia digunakan sebagai pust ujikaji pemberian vaksin kedua sebelum ini yang melibatkan staf mereka sendiri.

Sebelum ini Israel adalah negara terawal melengkapkan doa kedua vaksin kedua setahun yang lalu. Sekarang negara tersebut telah memberikan dos keempat vaksin untuk penduduk yang berusia atas 60 tahun.

Israel menggunakan vaksin Pfizer (PFE.N) dan BioNTech (22UAy.DE) di Sheba Medical Center diluncurkan pada 27 Desember 2021 untuk dos keempat vaksin. Ia terlebih dahulu diberikan kepada 150 pegawai perubatan yang tingkat antibodinya menurun sejak mereka menerima dos ketiga empat hingga lima bulan yang lalu.

Sebuah kumpulan lain pula akan menerima vaksin Moderna untuk dos keempat mereka minggu ini. Kesan sampingan yang dilaporkan beberapa peserta ujikaji setakat ini tidak berbeza daripada kesan yang diterima dengan doa ketiga. Kesan sampingannya termasuk rasa sakit, demam dan sakit kepala.

Sejak varian Omicron pertama kali dikedan pada November 2021, data WHO menunjukkan virus itu menyebar dengan cepat dan telah tersebar di 128 negara. Jumlah kes telah melonjak, tetapi jumlah pesakit di hospital dan kematian  lebih rendah daripada fasa lain dalam pandemik ini.

Di Israel, jangkitan harian telah meningkat 10 ganda sejak sebulan terakhir. Kes Covid-19 dengan penyakit parah juga meningkat, tetapi pada tahap yang jauh lebih perlahan daripada kes varian Delta, menurut data Kementerian Kesihatan Israel.

Sekitar 60 peratus dari 9.4 juta penduduk negara itu telah divaksinasi lengkap. Beberapa penelitian  menunjukkan sekiranya Omicron melepasi antibodi, bahagian penting garis pertahanan kedua sistem kekebalan (sel T-nya) masih sangat efektif dalam mengenali dan menyerang varian, mencegah sebahagian besar jangkitan daripada berkembang menjadi penyakit kritis.

Related Articles

Back to top button