Pertama kali diterbitkan oleh laman berita Israel Calcalist dan bertajuk “Alternatives for a Political Directive for the Civilian Population in Gaza“, dokumen itu membentangkan rancangan untuk Israel membersihkan Gaza daripada seluruh penduduk Palestin.
Walaupun tidak diterima pakai secara rasmi oleh kerajaan Israel, rancangan itu mempunyai persamaan yang ketara dengan tindakan ketenteraan yang telah dilakukan Israel di lapangan.
Peringkat 1-3
Menurut peringkat pertama rancangan itu, “Operasi udara akan dijalankan dengan tumpuan di utara Semenanjung Gaza bagi membolehkan serangan darat [Israel] ke zon pemindahan yang tidak memerlukan pertempuran di kawasan awam yang padat penduduk”.
Peringkat kedua melibatkan “Gerakan darat secara beransur-ansur [yang] akan diteruskan dari utara di sepanjang sempadan sehingga seluruh Semenanjung Gaza diduduki, dan kubu bawah tanah dibersihkan daripada pejuang Hamas”.
Kemuncak rancangan itu ialah pengusiran paksa rakyat Palestin ke Mesir, khususnya Semenanjung Sinai yang bersempadan dengan Rafah. Atas sebab ini pelan itu mengesyorkan bahawa “Adalah penting untuk membiarkan laluan pengangkutan arah selatan dibuka bagi membolehkan pemindahan penduduk awam ke Rafah”.
Ketiga-tiga peringkat telah berlaku di Gaza. Pada pertengahan Oktober, dunia menyaksikan Israel melakukan “operasi udara” dengan mengebom utara Gaza. Sejak itu ia telah mengebom seluruh wilayah. Oleh itu, ramai di dalam dan di luar Gaza, termasuk PBB, terus memberi amaran bahawa “tiada tempat yang selamat di Gaza”.
Sehingga berita ini ditulis, lebih 10,000 telah terbunuh di Gaza oleh tentera Israel , sekurang-kurangnya 4100 daripadanya adalah kanak-kanak.
Walaupun tentera darat Israel berundur sebahagiannya dari kawasan Gaza pada hari Ahad, mereka masih kekal di utara sementara pengeboman Israel terus meragut nyawa rakyat Palestin di seluruh wilayah yang dikepung.
Israel telah berjaya, sekurang-kurangnya sejak 1 November, untuk perlahan-lahan tetapi berterusan menolak sebahagian daripada penduduk Palestin ke Mesir. Pada masa ini terdapat lebih 530,000 rakyat Palestin yang telah berlindung di kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di selatan Gaza.
Sama ada ini akhirnya akan membawa kepada “bandar khemah” yang dicadangkan oleh dokumen bocor itu untuk didiami penduduk Palestin tidak sepenuhnya jelas.
Bandar sedemikian secara khusus akan membentuk, seperti yang dinyatakan dalam dokumen itu, sebuah “kawasan penempatan semula di Sinai Utara”. Mesir bagaimanapun menolak kemungkinan ini.
Dalam apa yang terdengar seperti ancaman ketenteraan, Perdana Menteri negara itu, Mostafa Madbouly, berkata pada akhir Oktober : “Kami bersedia untuk mengorbankan berjuta-juta nyawa untuk melindungi wilayah kami daripada sebarang pencerobohan”, merujuk kepada penduduk Palestin yang dipindahkan dari Gaza.
Ini menimbulkan persoalan tentang bagaimana bandar khemah besar yang menempatkan berjuta-juta penduduk Palestin akan didirikan di Mesir, apatah lagi apa yang disebut oleh dokumen yang bocor itu sebagai “zon steril”.
Kawasan ini, menurut dokumen itu, “mesti diwujudkan beberapa kilometer di dalam Mesir dan pemulangan penduduk k kediaman berhampiran sempadan Israel tidak seharusnya dibenarkan.
Ini adalah tambahan kepada pembentukkan perimeter keselamatan dalam wilayah berhampiran sempadan dengan Mesir.
Seorang Muslim yang ‘baik’ tidak akan kembali
Jika rancangan Israel menjadi kenyataan, ini juga bermakna bahawa Mesir perlu mendedikasikan sebahagian besar wilayahnya untuk bukan sahaja menempatkan penduduk Palestin tetapi menghalang mereka daripada “berhampiran dengan sempadan Israel”.
Ini akan melibatkan ketenteraan dan infrastruktur lain, seperti jalan raya, kemudahan komunikasi, dan menara pengawal, yang digunakan bagi menghalang pergerakan rakyat Palestin.
Di sebalik penentangan Madbouly terhadap kehadiran penduduk Palestin yang dipindahkan, organisasi yang berpangkalan di Timur Tengah Burjeel Holdings, Response Plus Holding dan Cleopatra Hospitals Group telah pun menawarkan untuk menyediakan penjagaan kesihatan kepada rakyat Palestin yang memasuki Mesir.
Bantuan ini malangnya adalah pedang bermata dua. Di satu pihak ia menyediakan rakyat Palestin dengan sokongan yang mereka perlukan, bagaimanapun, ia memberi manfaat kepada Israel kerana – selaras dengan rancangan pembersihan etnik – bantuan itu akan mengeluarkan rakyat Palestin dari Gaza.
SUMBER : Paul Salvatori ialah penerbit kanan di TRT World