DuniaKemanusiaanPalestin

Orang UAE dilarang ke BaitulMaqdis, & solat di Aqsa

Mufti keluarkan fatwa kaitan berkompromi dengan Israel

Mufti Besar Baitul Maqdis Sheikh Mohamed Hussein, menyifatkan normalisasi di antara Emiriah Arab Bersatu, UAE, dan Israel adalah tindakan menikam dari belakang ke atas umat-umat Islam Palestin.
Persetujuan hubungan diplomatik biasa yang ditunjangi Amerika Syarikat itu juga merupakan satu pengkhianatan terhadap tempat suci orang dan Kristian di Baitul Maqdis.
Sheikh Mohamed Hussein, juga melarang warga UAE untuk mengunjungi Baitul Maqdis dan bersolat di Masjidil Aqsa.
Menurut beliau, larangan itu bersandarkan kepada fatwa yang disepakati pada tahun 2012 yang berkait dengan sebarang aspek berkompromi dengan Israel.
Beliau yang ditemu ramah media Sachtime, Jerman pada 19 Ogos lalu menyatakan perjanjian normalisasi ini secara jelas telah melanggari bentuk pelanggaran iaitu berkompromi dengan Zionis.
“Adalah dilarang bagi seorang Muslim untuk datang dengan pesawat Emiriah Arab Bersatu, untuk datang dan berdoa di Masjid Al-Aqsa. Ini adalah pemasaran palsu yang berkaitan dengan hukum agama: salah dari segi undang-undang, serangan terhadap agama, “
“Ziarah kepada al-Quds adalah haram bagi Emiriah (UAE) di bawah kerangka normalisasi, kerana ini adalah salah satu realisasi perjanjian abad ini yang bertujuan untuk menghapuskan penduduk Palestin.”
Selaras dua ketegasan Mufti Besar itu, beliau menarik diri daripada menyertai forum yang bertujuan mempromosikan Perdamaian untuk Masyarakat Muslim.
Awal bulan lalu, forum itu mendakwa bahawa perjanjian normalisasi iapat menghentikan Israel daripada penaklukannya ke atas tanah Palestin, malah perjanjian itu mampu mempromosi keamanan kepada dunia khususnya di rantau Timur Tengah.
Namun matlamat forum itu mendapat kritikan luas daripada masyarakat dunia.
Selain Mufti Sheikh Hussein, aktivis Muslim-Amerika, Aisha al-Adawiya juga adalah di antara yang meninggalkan forum itu pada Ahad lalu.

Adawiyah dalam entri di FB berkata, penarikan diri itu dilakukan kerana bertentangan dengan nilai diri dan tidak percaya beliau terhadap proses normalisasi Israel.

Normalisasi UAE – Israel pada 13 Ogos lalu antara lain mempersetujui kerjasama dalam bidang penerbangan pesawat, pelaburan, pelancongan, keselamatan, telekomunikasi dan sebagainya.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button