DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Daripada masuk penjara Neelofa dicabar ke Palestin

Cabaran daripada (Dr.) Sani Araby Al Kahery

Bangi : Kontroversi demi kontroversi yang melanda selebriti Neelofa dan suaminya PU Haris telah memasuki babak baru. Terbaru netizen melancarkan petisyen supaya pasangan selebriti ini dihukum penjara kerana kesalahan melanggar SOP yang berulang.

Melihat kepada perkembangan kontroversi itu, Ketua Aktivis MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery melontarkan cabarannya kepada Neelofa dan PU Haris, ‘Dari masuk penjara, lebih baik ‘berperang khidmat’ di bumi Gaza’.

(Dr.) Sani Araby Al Kahery yang juga  Ketua Misi Khas WakeUp4Gaza dan mempunyai pengalaman memasuki Gaza semasa perang Hijaratus Sijil tahun 2012, sangat memahami penderitaan di Gaza itu lebih berat berbanding di penjara.

Ini kerana apabila melihat wajah anak-anak yatim Palestin yang masih trauma akibat bom, melihat wajah ibu ayah yang kehilangan anak-anak, bangunan yang sudah runtuh, hospital yang penuh darah dan mayat yang tersenyum, akan membuatkan orang yang pertama kali melihatnya tidak akan tidur malam. Jiwa keinsafan itu akan jauh masuk ke dalam hati. Itu ‘hukuman’ yang jauh lebih bererti.

Menurut (Dr.) Sani Araby Al Kahery, “Neelofa dan suami memang sudah sedia terlibat di belakang tabir dalam membantu misi Syria dan Palestin. Mungkin kali ini mereka boleh ke hadapan. Sebab itu saya harap mereka sahut cabaran saya.”

Dalam isu yang sama, kempen tabungGaza.com yang dilancarkan oleh MAPIM Malaysia bagi membantu pembangunan Palestin selepas perang, masih memerlukan lapan juta ringgit daripada sasaran kutipan 12 juta ringgit atau tiga juta dollar.


MASA UNTUK BERTINDAK

Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
TabungGaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button