Semasa

1 maut, 99 masih dicari

Mangsa pemuda lelaki berjaya dikeluarkan daripada runtuhan

MIAMI : [VIDEO] Sebahagian blok pangsapuri tepi laut setinggi 12 tingkat di Pantai Miami, Florida runtuh, mengorbankan sekurang-kurangnya seorang mangsa.

miamiherald.com melaporkan Seramai 10 orang mangsa dilaporkan cedera, manakala 99 orang lagi dikhuaitiri tertimbus.

Rakaman video yang tular dalam media sosial menunjukkan sebahagian besar bangunan di bandar Surfside – di utara Miami Beach – runtuh dan menampakkan bahagian tepi runtuhan di setiap tingkat pangsapuri.

Tidak jelas berapa orang yang tinggal di bangunan itu atau yang berada di dalamnya ketika kejadian itu berlaku.

Sebilangan penduduk terpaksa menuruni tangga untuk menyelamatkan diri.

Pengarah Jabatan Polis Miami-Dade, Freddy Ramirez berkata, pihaknya belum memperoleh sebarang perkembangan makluman mengenai nasib 99 penghuni yang berkemungkinan berada dalam bangunan itu ketika ia runtuh.

Berikut ialah visual bagaimana kejadian runtuhan itu berlaku yang sempat dirakam secara amatur oleh penduduk setempat.

 

“Ia mungkin atas sebab yang berbeza-beza, namun operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” katanya pada sidang media.

Berdasarkan siasatan awal, kira-kira 55 unit pangsapuri terjejas akibat runtuhan berkenaan. Sekurang-kurang 18 warga Amerika Latin dilaporkan hilang dalam insiden berkenaan, setakat ini, menurut konsulat negara terbabit.

Mereka membabitkan tiga warga Uruguay, Argentina (sembilan) dan Paraguay (enam).

Pangsapuri itu didiami penduduk tetap bersama penyewa serta penghuni bermusim, namun pihak berkuasa belum dapat memastikan jumlah sebenar orang berada dalam bangunan terbabit ketika kejadian.

Datuk Bandar Surfside, Charles Burkett, mengesahkan sekurang-kurang seorang mangsa maut dalam insiden berkenaan.

dalam laporannya menyebut, setakat ini seorang mangsa berjaya dikeluarkan daripada runtuhan. Pasukan penyelamat masih berkampung di lokasi kejadian dalam usaha mencari dan menyelamat, S & R.

Related Articles

Back to top button